Tuesday, August 28, 2012

Cerita Ramadhanku

Hyeee, hollaaaaaaaa.. 
Bulan ramadhan menjelang dan berakhir jua.begitu pantas masa berlalu kan. 
Okay,masa ramadhan bulan puasa tu alhamdulillah mcm biasa seperti tahun-tahun yg berlalu.
ape yg best bulan puasa tentulan juadahnyer kan,haha!masa utk berdiet pon boleh.wink2.
dan tak pasti lagi kuih raya kan,saye pon jgn tak percaya tahun 2012 ni pecah rekod buat kuih raya 10jenis hahahahaha biar betikk.tak mcm thn lps tak pon sikit je...

Antaranye ; hihihi

Almond london
Biskut icecream
Biskut Mazola
Coconut cherry
Kuih Bakar
Biskut kacang gajus
Putu kacang
Putu beras
(kuih org-org tua yg ssh nk dpt tp sedap jugakkk)
Cornflakes madu

ape lagi erk tak igt suda.hahaha.
nak upload pic kuih byk sgt, so im listing aje hikk.



Ni sebahagian kuih raya yg dijual,alhamdulillah rezeki Allah =)



Tgh buat kuih raye,tiba-tiba ade baby comel musyukkkk ni tgh sengih-sengih hehe.
rase-rase jadi tak keje korg nk buat kuih hahaha.




Ni proses membuat kain nye yeeeee =)



Ini ialah bow yg dibuat oleh saye selama sebulan berpuasa, 
ade lah siap dlm 30 biji bow utk disulam keatas baju kurung.. hahahaha. ok la tu kan dari takde...


Ni proses menjahitnye, jahit tgh malam. so okayy kannnn. hehe.

SO, berakhirlah diari ramadhan saye pada tahun 2012. 
Hope 2013 dan tahun seterusnya dipanjgkan umur kite jmpe lagi..
Assalamualaikum =)

Tuesday, August 14, 2012

Kisah Yahudi Mengislamkan Jutaan Orang


Di suatu tempat di Perancis lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, ada seorang berbangsa Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim, dia adalah orang tua yang menjual makanan di sebuah kedai makanan. Kedai tersebut terletak di sebuah apartmen dimana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama “Jad” berumur 7 tahun.

Jad, anak Yahudi ini hampir setiap hari ke kedai tempat di mana Ibrahim bekerja untuk membeli keperluan rumah. Tetapi setiap kali hendak keluar dari kedai –dan semasa tuan kedai, Ibrahim sedang leka, Jad selalu mencuri sekeping coklat.

Pada suatu hari , Jad terlupa untuk mencuri coklat semasa mahu keluar, kemudian tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahunya bahawa dia terlupa mengambil sekeping coklat seperti biasa. Jad ketakutan, kerana dia menjangka bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang dia lakukan selama ini. Dia pun meminta maaf dan takut jika Ibrahim melaporkan perbuatannya tersebut kepada ibubapanya.

Ibrahim pun menjawab: “Tidak apa, yang penting kamu berjanji untuk tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap kali kamu hendak keluar dari sini, ambillah sekeping coklat, itu adalah milikmu!” Jad pun menyetujuinya dengan penuh kegirangan.


Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang Muslim kini menjadi seperti seorang ayah dan rakan akrab bagi Jad si anak Yahudi.

Sudah menjadi kebiasaan jika Jad ada sebarang masalah, dia selalu datang dan meminta nasihat daripada Ibrahim. Dan setiap kali Jad selesai menceritakan masalahnya, Ibrahim selalu mengambil sebuah buku dari laci, memberikannya kepada Jad dan kemudian menyuruh untuk membukanya secara rawak. Setelah Jad membukanya, kemudian Ibrahim membaca dua helai darinya, menutupnya dan kemudian memberi nasihat dan jalan penyelesaian dari masalah Jad.

Beberapa tahun pun berlalu dan begitulah hari-hari yang dilalui Jad bersama Ibrahim, seorang Muslim Turki yang tua dan tidak berpendidikan tinggi.
14 tahun berlalu, kini Jad telah menjadi seorang pemuda gagah dan berumur 24 tahun, manakala Ibrahim semasa itu berumur 67 tahun.

Ibrahim pun akhirnya meninggal dunia, namun sebelum dia meninggal, dia telah menyimpan sebuah kotak yang diberikan kepada anak-anaknya di mana di dalam kotak tersebut dia letakkan sebuah buku yang selalu dia baca setiap kali Jad meminta nasihat daripadanya. Ibrahim berwasiat agar anak-anaknya memberikan buku tersebut sebagai hadiah untuk Jad, seorang pemuda Yahudi.

Jad hanya mengetahui kematian Ibrahim ketika anak lelakinya menyampaikan wasiat untuk memberikan sebuah kotak, Jad pun berasa sangat terperanjat dan sangat sedih dengan berita tersebut, kerana Ibrahim lah yang selama ini memberikan jalan penyelesaian dari semua masalahnya dan Ibrahim lah satu-satunya teman sejati baginya.

Hari-haripun berlalu, Setiap kali dirundung masalah, Jad selalu teringatkan Ibrahim. Kini dia hanya meninggalkan sebuah kotak. Kotak yang selalu dia buka, di dalamnya tersimpan sebuah buku yang dulu selalu dibaca Ibrahim setiap kali dia datang meminta nasihat daripadanya.

Jad mencuba membuka helai-helaian buku itu, akan tetapi kitab itu berisikan tulisan berbahasa Arab sedangkan dia tidak boleh membacanya. Kemudian dia berjumpa dengan seorang rakannya yang berkebangsaan Tunisia dan memintanya untuk membacakannya dua helai dari buku tersebut. Sebagaimana kebiasaan Ibrahim dahulu yang selalu memintanya membuka helaian buku itu dengan secara rawak semasa dia datang meminta nasihat.

Rakannya orang Tunisia tersebut kemudian membacakan dan menerangkan makna dari dua helai yang telah dia tunjukkan. Dan ternyata, apa yang dibaca oleh temannya itu, mengena seperti yang dialami Jad kala itu.
Kemudian Jad dengan penuh rasa teruja ini bertanya, “Buku apa ini !?”
Dia menjawab : “Ini adalah Al-Qur’an, kitab suci orang Islam!”
Jad seperti tidak percaya, sekaligus merasa takjub,
Jad lalu kembali bertanya: “Bagaimana caranya untuk menjadi orang Islam?”
Temannya menjawab : “Mengucapkan syahadat dan mengikuti syariat!”

Selepas itu dan tanpa ada rasa ragu, Jad lalu mengucapkan Syahadat, dia pun kini memeluk agama Islam!
Kini Jad sudah menjadi seorang muslim, kemudian dia menukar namanya menjadi Jadullah Al-Qur’ani sebagai rasa hormat kepada kitab Al-Qur’an yang begitu istimewa dan mampu menjawab seluruh masalah hidupnya selama ini. Dan sejak semasa itulah dia memutuskan akan menghabiskan sisa hidupnya untuk mengabdi menyebarkan ajaran Al-Qur’an.

Jadullah mempelajari Al-Qur’an serta memahami isi kandungannya, kemudian dia berdakwah ke Eropah sehingga berjaya mengislamkan enam ribu Yahudi dan kristian.

Suatu hari, Jadullah membuka helaian-helaian Al-Qur’an hadiah dari Ibrahim itu. Tiba-tiba dia menjumpai sebuah helaian bergambarkan peta dunia. Pada semasa matanya tertuju pada gambar benua afrika, nampak di atasnya tertera tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan itu tertuliskan ayat :
((اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ…!!))
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…” (Surah An-Nahl; 125)

Diapun yakin bahawa ini adalah wasiat dari Ibrahim dan dia memutuskan untuk melaksanakannya.
Beberapa waktu kemudian Jadullah meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah ke negara-negara Afrika dan di antaranya adalah Kenya, Sudan selatan (yang majoriti penduduknya adalah kristian), Uganda serta negara-negara yang laina. Jadullah berjaya mengislamkan lebih dari 6,000,000 (enam juta) orang dari suku kaum Zulu, ini baru satu suku, belum lagi dengan suku-suku lainnya.

Jadullah meninggal dunia pada tahun 2003 ketika berumur 45 tahun kerana sakit semasa berdakwah, selepas 30 tahun berdakwah di benua Afrika.

Begitulah sejarah tentang Jadullah Al-Qur’ani, kisah ini merupakan kisah benar yang penulis dapatkan dan kemudian penulis terjemahkan dari catatan Almarhum Syeikh Imad Iffat yang digelar “Syaikh Kaum Revolusioner Mesir”. Beliau adalah seorang ulama Al-Azhar dan anggota Lembaga Fatwa Mesir yang mati syahid ditembak di dalam sebuah insiden di Mesir pada hari Jumaat, 16 Disember 2011 silam.

Kisah benar ini, isuhangat terbitkan adalah untuk kita renungi bersama di zaman penuh fitnah seperti ini. Semasa ramai orang yang sudah tidak mengindahkan lagi cara dakwah Qur’ani. Mudah mengkafirkan, fasih mencaci, menuduh orang lain sesat, mebenarkan bidaah, melaknat, memfitnah, padahal kita adalah sesama Islam.

Marilah kita pertahankan akidah Islam yang telah kita peluk ini, dan sebolehnya janganlah kita mempertikaikan keIslaman orang lain. Saling mengingati adalah baik, saling melindungi akidah sesama muslim adalah baik. Marilah kita sentiasa berjuang bahu-membahu demi perkara yang baik-baik saja.
Wallahualam Bis-Shawab.

5 Penyakit diwarisi keluarga

Sejarah keluarga memegang peranan penting dalam menentukan kesihatan seseorang. Misalnya jika dalam keluarga ada penyakit kanser, itu bererti kita atau anak-anak kita memiliki kemungkinan untuk mewarisi gen yang sama.

1. Tekanan darah tinggi
Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah keadaan dimana seseorang mengalami peningkatan tekanan darah diatas normal atau kronis (dalam waktu yang lama). Untuk mengetahuinya perlu dilakukan pengukuran tekanan darah. Jika tidak segera diubati ianya dapat meningkatkan risiko strok atau serangan jantung.

Risiko diturunkan: Jika salah satu orang tua Anda memiliki tekanan darah tinggi, risiko mendapat penyakit ini sebesar 15% atau lebih tinggi.

2. Kolesterol tinggi
Dalam keluarga yang sama, biasanya ahli keluarga mempunyai risiko kadar kolesterol tinggi disebabkan oleh perubahan gen dimana lemak tidak dimetabolisma dengan baik dalam darah dan berkumpul di arteri.
Risiko diturunkan: Dr Nigel Capps mengatakan, jika salah satu orang tua Anda memiliki hiperkolesterolemia familial, maka Anda memiliki risiko 50% mendapatkan penyakit tersebut.

3. Hipotiroid
Hipotiroid terjadi ketika tubuh tidak menghasilkan cukup hormon tiroksin. Gejala yang muncul biasanya sering merasa kelelahan dan penurunan berat badan. Penyakit ini tujuh kali lebih mungkin terjadi pada perempuan.
Risiko diturunkan: Dr Mark Cohen iaitu konsultan dari endokrinologi dari Spire Bushey Hospital, Hertfordshire mengatakan jika memiliki saudara atau ibu dengan tiroid (kurang aktif), maka Anda memiliki risiko 20 kali lebih mungkin untuk mendapatkannya.

4. Gangguan Bipolar
Gangguan bipolar (juga dikenal gangguan manik depresi) adalah suatukeadaan yang menyebabkan period depresi yang hadir disebabkan oleh stress juga ketidakseimbangan kimia di otak, dan pengaruh faktor genetik
Risiko diturunkan: Jika ada orang tua yang memiliki penyakit ini, maka risiko untuk setiap anak-anak mereka mengalami hal sama adalah sebesar 10-15%.

5. Diabetes 
Umumnya gejala awal diabetes tidak dapat dikesan. Risiko mengidap diabetes cukup tinggi jika keluarga, orang tua atau saudara Anda juga memiliki riwayat penyakit ini.
Risiko diturunkan: Jika ada salah satu orang tua mengidap diabetes, risiko penyakit itu diturunkan sebesar 15 %. Tetapi jika kedua orang tua mengidap diabetes, risiko penyakit itu diturunkan kepada anak mereka adalah sebanyak 75 %. Namun, faktor lain seperti kegemukan, malas olahraga dan makan yang tidak sihat dapat meningkatkan lagi penyakit diabetes.

Kenalpasti penyakit keturunana dahulu dan pastikan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kesihatan yang maksimum.

Petua mengelakkan rambut gugur


Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hinggakulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.

Amalkan selama sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut. Selamat mencuba.

11 Golongan Ahli Neraka 1 Golongan Ahli SYURGA


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,

“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita kearah golongan yang mana berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.

Nothing gonna change mylove for you


If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young
And we both know they'll take us
Where we want to go

Hold me now
Touch me now
I don't want to live without you

Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy,
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too

KENAPA AKU DIUJI ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
AL-QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya holat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah lah yang memberi kita cubaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya!
Hanya Allah sandaran manusia...