Monday, July 11, 2011

DuRian oH DuRian..............

Wowwwww.. Musim Buah skgggggg ????? durian... Sy suke durian , sedapppppp.. hehehe... ngidamnyerrrr nk mkn durian....

Sape hantu durian ?????????????? sume owg suke durian kan.... tp ade owg ckp durian xbagus,

PANAS .. tapi ta kisahh laaaa, hahaha.....


Tgk laaarhh tu sodapnyerrrr..rugi sape xmkn durian.. hehehe





Tapikan, saya xshukerrrrrr buburr durian.. nth nape, saya shukerrrr buahh die ajer... hehehehehe....

Kart sini saya ade cket info tentang The Durian's..... moh le baca....


Penanaman durian secara komersial memerlukan sistem pengairan yang cekap pada setiap peringkat untuk memastikan kejayaan yang memuaskan. Air yang mencukupi diperlukan bermula dari peringkat menanam dan seterusnya. Pada peringkat permulaan menanam, air diperlukan untuk memastikan pokok-pokok yang baru ditanam dapat hidup dan membentuk sistem akar, batang, daun yang baik dan pokok yang tegap dan sihat. Durian pada peringkat awal sangat peka terhadap keadaan kemarau dan kekurangan air boleh melemahkan pokok dan memudahkannya diserang oleh penyakit dan perosak.
Pada peringkat dewasa pula sistem pengairan lebih penting kerana air diperlukan pada masa-masa dan kuantiti yang tertentu untuk menjamin tumbesaran dan mutu buah.

bunga-durian

Musim bunga dan buah merupakan peringkat yang sangat kritis dari segi keperluan air. Durian memerlukan tempoh kemarau yang jelas untuk mengaruhi pembungaan. Selepas pembentukan kudup, sedikit air diperlukan. Tetapi sebelum bunga kembang, air yang berlebihan boleh memusnahkan debunga. Debunga sangat peka dengan air dan dinding sel debunga boleh pecah apabila air berlebihan. Selepas pembentukan buah, air sangat diperlukan. Peringkat ini memerlukan air pada kadar yang sama dengan sejatan, iaitu lebih kurang 5 mm/hari. Bagi tanah jenis liat, pengairan boleh dijalankan 3 hari sekali tetapi hendaklah dibekalkan sebanyak 15 mm/hari. Bagi tanah jenis berpasir, pengairan perlu dijalankan setiap hari sehingga buah dipetik. Pemberian 5 mm/hari air boleh membasahi aras tanah sedalam 15 cm.
Pada minggu 1-4 selepas pembentukan buah merupakan waktu pembentukan kulit dan selepas minggu keempat ialah peringkat pembentukan isi dan biji. Tempoh waktu 4-12 minggu selepas pembentukan buah sangat kritis dan jika air berkurangan, pembentukan buah dan mutu akan terjejas. Tetapi air yang berlebihan juga membawa akibat kerana pokok mungkin mengeluarkan pucuk dan menjejaskan mutu buah.

Tanaman Durian



Durian (Durio zibethinus Murr.) merupakan spesies buah-buahan yang sangat popular di rantau Asia Tenggara, Negara Thailand merupakan pengeluar dan pengeksport utama durian di dunia. Di Malaysia, terdapat lebih 100,000 ha keluasan tanaman durian. Negeri Johor, Kelantan, Pahang dan Perak adalah pengeluar durian yang utama.
Durian merupakan tanaman yang berasal dari kawasan rendah tropika. Persekitaran yang panas dan lembap (27° – 32° C) sesuai untuk pertumbuhan vegetatif. Tanah yang sesuai untuk tanaman durian ialah jenis lom hingga lom berpasir. Durian memerlukan tanah yang subur, dalam dan gembur.

Pokok durian yang tumbuh daripada biji benih boleh mencapai ketinggian 30-40 m dan mempunyai banir setinggi 2 – 3 m. Ketinggian pokok cantuman pula boleh mencapai 10 – 20 m sahaja. Pokok durian yang telah matang mempunyai kanopi yang berbentuk piramid dan lebar. Penanaman pokok yang terlalu rapat boleh mengakibatkan kanopinya berbentuk bujur. Bunga durian terbentuk secara jejambak dan biasanya terdapat 30 – 60 kuntum bunga dalam satu jambak.

Proses pendebungaan bagi durian ialah pendebungaan berkacuk. lanya sesuai didebungakan pada waktu malam. Antara agen-agen pendebungaan bunga durian ialah kelawar, lebah (Apis dorsata),kelulut (Trigona spp. dan beberapa jenis semut. Buah durian mempunyai 4-6 pangsa dan dalam setiap pangsa mengandungi beberapa ulas isi. Rasa isinya lemak manis dan ada juga yang berasa pahit bergantung pada klon.

Kebiasaannya buah durian dimakan segar tetapi boleh juga diproses menjadi produkyang tahan lama seperti tempoyak, lempuk dan serbuk durian.


Sunday, July 10, 2011

UntungKah bERcOupLe ??????



SOALAN 1 : Apa tujuan bercouple?


Jawapan 1 : Mahu tanda bahawa dia kekasih saya. Tak nak bagi orang lain dapat.


Respon : Jawapan sebegini biasanya digunakan oleh remaja kampus. Namun, bagi penulis ia adalah satu alasan yang paling popular untuk membolehkan sesebuah pasangan bercinta teruna dan dara.


Kita perlu sedar bahawa manusia biasa tidak mampu meramal masa depan. Adakah dengan bercouple atau mengikat tanda yang seseorang itu adalah kekasih kita, maka semuanya sudah terjamin?


Ini belum tentu terjamin lagi!


Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan berpisah. Orang berkahwin pun masih ada kemungkinan bercerai. Ini bererti kita tidak mampu meramal masa depan. Sekalipun kita tanda ke, kita ikat ke, kita tuning ke, jodoh tiada siapa yang tahu. Jadi, sepatutnya kita perlu banyak berdoa.


Lagi satu, jika benar mahu tanda. Jangan jumpa dengan pasangan saja. Jangan asyik berkepit dengan empunya diri sedangkan keluarganya tidak tahu status hubungan itu. Sepatutnya pasangan perlu berterus-terang dengan berjumpa orang tua masing-masing. Beritahu niat dan minta mereka memberikan restu. Itu yang sepatutnya.


Jadi…fikirkan wahai remaja.



Jawapan 2 : Mahu mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat.


Respon :
Jawapan ini adalah alasan lemah bagi pasangan yang ingin bercinta. Kerana apa? Sesungguhnya manusia tidak mampu mengenali manusia lain sedalam-dalamnya. Berkenalan atau taaruf adalah proses sepanjang hidup. Orang berumahtangga hampir 20 tahun masih lagi tidak mengenali pasangan dengan sepenuhnya. Inikan pula bagi couple yang berkenalan baru setahun dua.


Lagipun, manusia adalah makhluk beremosi. Manusia sentiasa berubah-ubah berdasarkan kondisi dan situasi. Ada manusia yang baik kemudian bertukar jahat. Ada manusia lembut akhirnya bertukar keras. Mengenali pasangan itu penting, tetapi sepatutnya proses mengenali ini bermula setelah anda duduk bersama sebagai suami isteri.


Sebelum berkahwin, kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, anda terkejut selepas berkahwin.


Ramai kawan saya yang terkejut selepas berkahwin. Apa yang mereka bualkan dan rancang sebelum kahwin, boleh dikatakan berubah sama sekali selepas bersama di bawah satu bumbung. Ini adalah realiti. Justeru, masa yang paling sesuai untuk mengenali pasangan bukanlah sebelum berkahwin tetapi selepas bersama di bawah satu bumbung dengan ikatan yang sah.


Wahai remaja…tidak perlu terburu-buru mengenali bakal pasangan terlalu intim.

Alasan 3 : Mahu memahami wanita dan membiasakan diri dengannya. Agar tidak kekok.


Respon : Jawapan ini adalah jawapan kurang matang. Bagi saya, penyesuaian sebelum berkahwin tidak perlu. Ini kerana penyesuaian antara lelaki dan wanita akan berlaku dengan cepat. Ini adalah tabiat manusia dan manusia akan mudah menyesuaikan diri dengan pasangannya. Selepas kahwin, proses itu akan berlaku dengan sendirinya. Insya Allah.


SOALAN 2 : Apakah keuntungan bercouple?


Jawapan 1 : Bersemangat untuk belajar. Sumber inspirasi.

Respon : Saya fikir memang jawapan ini ada benarnya. Tapi reality menunjukkan masih ramai yang gagal mengawal emosi apabil bercinta sehingga menyebabkan tugu inspirasi mereka tersungkur. Jika dibuat pantauan. Remaja bercouple lebih banyak mengalami pergaduhan dengan pasangannya. Terutamanya apabila musim exam. Masing-masing mudah stress dan tertekan, dan ini akan memberi kesan terhadap exam. Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang bercouple lebih banyak ‘konflik’ jiwa berbanding orang yang ‘Single’. Dan ini mengundang risiko dalam pengajian.


Memang ada pasangan yang saling memberi inspirasi. Namun, rata-rata pasangan yang bercinta mengalami banyak konflik. Konflik ini selalunya mengganggu fokus pada pengajian. Jadi, elakkan saja. Jangan mengambil risiko jika anda bukan seorang yang mampu mengawal gelora emosi.


Jadi…hati-hati dalam bercinta. Kelak masa depan kita juga yang merana.



Jawapan 2 :
Cepat matang dan bijak dalam pergaulan.


Respon : Betulkah akan cepat matang? Mungkin betul. Tapi…untuk matang masih ada banyak cara lagi. Berdasarkan pengalaman peribadi saya. Orang bercouple kebiasaannya adalah rendah maruahnya. Mudah ditewaskan dengan emosi dan terburu-buru dalam mengikut perasaan. Orang sebegini lambat matang. Orang yang cepat matang ialah yang memberi penekanan kepada harapan keluarga, kerjaya dan prospek masa depan, serta tahu merancang hidup. Di samping tidak mencuaikan emosi dan perasaan kasih sayang.


Justeru, bersosial memang mampu mematangkan seseorang. Lebih luas pergaulan, lebih banyak pengalaman. Lebih banyak kenalan, lebih cepat memahami karenah orang. Justeru, berkomunikasi dan berinteraksi perlu fleksibel. Bukan sekadar berbicara dengan kekasih malah perlu berbicara dengan orang yang lebih tua.


Apa yang sering berlaku ialah pasangan yang bercouple tidak suka bergaul dengan orang lain. Orang bercouple tidak mahu orang lain busy body tentang urusan peribadinya. Malah, kebanyakan remaja yang ada pasangan sering bersendirian melayan handphone dan sms. Sehinggakan kerap berlaku pergaduhan mulut apabila ada kawan yang lain menegur atau seolah-olah mengganggu privacy mereka.


Realitinya, remaja yang bercinta ini lebih cepat merajuk dan lebih cepat melatah. Kadang-kadang orang bercinta ini sensitifnya melampau-lampau sehingga menyusahkan mereka untuk bersosial. Ini adalah suatu perkara yang memang berlaku dan selalu saya temui. Akibatnya apa? Akhirnya remaja yang bercinta ini sukar ditegur, sukar dinasihati, sukar didekati dan menjadi lebih teruk perangainya. Bukan makin matang, malah makin tidak cerdik.


Jadi…hati-hati jika anda mahu bercinta. Jangan tersalah memberi alasan. Kononnya mahu cepat matang, akhirnya jadi lebih lembab.



Jawapan 3 :
Memberi kesedapan hidup.

Thursday, July 7, 2011

Waktu Dilarang Sembahyang

JUST FOR INFO BCOZ KITA KADANG2 TAK TAHU & TERKELIRU KAN ??????? SO KAT SINI ADA JAWAPANNYA.... SEMOGA KITA MENJADI INSAN YANG BERGUNA,DIRAHMATI DAN DIREDHOI ALLAH.. AMIN ; ))


Soalan:

Apakah Status kenyataan ini? bersumberkan hadith yg sahih ker?

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.

2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.

3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu, sebagaimana dalam hadis Uqbah bin Amir al-Juhaniy. iaitu apa yg anda sebut no (1) dan (2). Manakala no (3), tiada kaitan dgn waktu larangan.

Hadis tersebut ialah:

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب

ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.

HR: Muslim (no: 831).

Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah;

-waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.

Berkenaan kenyataan: “Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini”,

Sebenarnya Qadha’ boleh dilakukan walaupun dalam waktu2 yg dilarang.
Kerana:

-Nabi memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA, sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang APABILA dia teringat”. Muslim (no: 680).

-Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.
(Majmuk 4/170).

-Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, spt: hadis “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”. HR Bukhari (no: 558).
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.

Berkenaan kenyataannya: “Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan”;

Setakat ini, masih belum menemui petunjuk Nabi tentang had masa 1/3 jam (20 minit) antara azan dan iqamah. mungkin diistibat daripada beberapa hadis yg menyebut secara umum.

Antara yg disebut dalam hadis ialah:
Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya.

Manakala kenyataannya: “Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam”,

Zahir quran dan sunnah Nabi yg sahih menggalakkan solat di awal waktu.

Manakala waktu isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat malam, ia suatu yg baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’ sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda: Inilah waktunya kalaulah tidak menyusahkan umatku. (Muslim no 638).

Tetapi, jika jemaah dilakukan pada awal waktu sebagaimana yg diamalkan hari ini, maka berjemaah pada awal waktu adalah lebih utama daripada mencari kelebihan lewat malam.

Wednesday, July 6, 2011

Sepi Sekeping Haty ...

Hidup ni penuh dengan pelbagai corak & warna.. Mcm2 rintangan dan dugaan dtg.. Walaupon pahit rasanya utk ditelan terpaksa jua... Jadilah anda seperti rama-rama,ringan perawakan indah dipandang, sedikit bergantung pada yg lain terbang dari satu bunga ke bunga yang lain. Dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain,. Hidupnya sentiasa berpusing dari yg baik kepada yg baik. ... Kalau tidak sekalipon, jadilah anda seperti seekor lebah g sentiasa memakan sesuatu yg lebih baik dan mengeluarkan yg baik pula....Jika ia jatuh di ats tangkai,tidak memecahkannya, tetapi tidak melukainya, Mengeluarkan madu dan tidak menyengat. Terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Ia mempunyai dengungan sukacita dan bisikan kerelaan. Seakan-akan ia utusan kerajaan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung....

Kecapilah kebahagiaan anda hari ini. Biarkan setiap deria anda menikmati bunga- bunga yang mekar mewangi di hadapan anda. Anda menyentuh bunga-bunga kebahagiaan anda dan pada waktu yang sama anda akan menyedari kekurangan dan kelemahan anda. Jadilah anda seperti kuda yang melawan kegelisahan dan kemarahan . Kemudian tunggu masanya dimana masa kini berubah menjadi masa lalu.. Kenangan itu akan membuatkan kamu menitiskan airmata ... Anda akan sedar dan ingat betapa bahagianya diri andawaktu itu. Bagaimanapun , ketika itu anda tidak mengetahuinya. Sekarang tidak ada yang tinggal dihadapan anda kecuali kenangan dan penyesalan....... ; ))


Berjanjilah dengan diri anda bahawa dalam setiap saat satu pujian, setiap minit satu gagasan dan setiap jam satu tindakan .... Siapakah yang akan mengabulkan permintaan orang yg sedang dalam kesusahan jika ia berdoa kepada ALLAH ?????


Alangkah tingginya harapanku kepada ALLAH hingga aku seakan-akan dapat melihat apa yang Dia lakukan, dengan penuh kesabaran...Mudah-mudahan kesedihanku segera berakhir dan datanglah kebahagiaan sebagai gantinya....AMIN ; )


Penawar hati terdapat dalam wahyu, sama ada Kitab mahupun sunnah.Kenikmatan sanubarimu ada dalam keimanan.Kesenangan hatimu ada dalam sembahyang.Keselamatan hatimu bermuara pada keredaan, dan ketenangan jiwamu bergantung pada sikap rela... So ape pon jadi kite kene bersyukur dengan seadanya & LOVE THE LIFE !!!!!!!!!!!



Monday, July 4, 2011

Kenapa Lelaki Cepat Berubah ????


Terpanggil rasanye utk mencoretkan disini, setelah ade kwn2 sy menceritakan psl lelaki dan masalah masing2..Lagipon mmg slu dgr mcm2 cerita skg psl lelaki tp xsumenyer la ok ?????? Salah satu nya psl BERUBAH ... hurmm,ntah la no komen! so saya ade nak share kat sini, so renung2kan lah ye wahai2 lelaki diluar sana... ; ))

AL-KISAHNYA...

Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya”, satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya”….

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya”.

Mengapa begitu?…Sebab…suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…

Ada 2 sebab;
? suami itu lelaki
? isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI

? Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
? Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

? Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?.. Sebab… isteri itu seorang perempuan!

Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.
Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.

Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan
isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.

BAYANGKAN bila…
? suami isteri tidak berbual-bual
? suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata
? suami gagal menjadi pendengar yang baik
? suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
? suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
? suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat

maka BERKEMUNGKINAN…
? ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
? isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
? isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
? isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
? isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
? berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.