Wednesday, March 23, 2016

TATI SKINCARE ORIGINAL & MURAH RM 79

TATI SKINCARE ORIGINAL & MURAH RM 79


TATI SKINCARE 5in1...
RM 79
WHATSAPP : 0125853720
KKM approval!
Tanpa Pengelupasan...

Merawat masalah KULIT KUSAM,KASAR,JERAWAT dan JERAGAT seawal 3-7 hari...
Dengan formula berasaskan ALPHA ARBUTIN, GLUTHATION, COLLAGEN, VITAMIN E dan C. Wajah kembali pinkish, glowing dan cerah sekata mulus bak bayi.
KEISTIMEWAAN TATI SKINCARE :
✔Menghilangkan jeragat dan pigmentasi
✔Menghapuskan jerawat dan parut 
✔Mencegah whitehead / blackhead
✔Mensekata dan mencerahkan tona kulit
✔Membuang sel2 kulit mati dan mengatasi kulit berminyak
✔Mencerahkan warna kulit, menjadikannya gebu dan mulus
✔Melembab, menghalus dan mengecilkan liang pori
✔Menghilangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit
✔Membuatkan kulit muka nampak bercahaya dan awet muda
✔Kulit lebih berseri dan glowing semulajadi
✔tanpa penggelupasan
✔tanpa hyroquinon
✔perubahan kulit muka boleh dilihat dalam masa 7 hari sahaja.

Tuesday, March 22, 2016

JUS CALIPH KIDS EXPERT RM55


CALIPH RM55
Suplement sunnah terbaik untuk kanak-kanak.
For order whatsapp 012 5853720

Pemakanan Tambahan Terbaik Untuk Kanak-Kanak 

Jus Caliph Kids Expert menyokong perkembangan serta fungsi otak dan membekalkan nutrien penting untuk minda yang kurang di dalam diet kanak-kanak.

PENGENALAN PRODUK 

Jus Caliph Kids Expert merupakan jenama keluaran terbaru dari Raffelinna Sdn. Bhd. yang mengfokuskan kepada tumbesaran kanak-kanak. 

Jus Caliph Kids Expert dijamin Halal dan Selamat menjadi asas kepada pengeluaran produk ini dan akan membantu golongan ibu bapa dalam mendidik serta meningkatkan keupayaan minda anak-anak mereka. 

SASARAN PRODUK 

Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur lingkungan dari 1 tahun hingga 7 tahun dan ke atas.



AMPANG/KL WALTER POMADE MURAH RM35

AMPANG/KL WALTER POMADE MURAH RM35

Walter Pomade
■ Waterbased
■ Grape Scent
■ Strong Hold
■ Long Lasting Shine 
■ 3.5oz/100g


COD AMPANG KL AREA
For more info Whatsapp ; 0122822421 / 0125853720
Instagram ; ampangklwalterpomade





Friday, February 26, 2016

Holla 2016

holllaaaa holalaa hollalallaaa..

setahun lebih blog tak diupdate dek bz dgn anakkkk oh anak..

ok post sikit gambar my baby, udah 1 tahun 3 bulan. 
her name is FALISHA KHAYRA

NOW im coming hahahahah.

ni nk panaskan enjin je dulu, after this i'll be back soon.

sajerr jenguk2 dulu kannnnnn

tata titi tutuuuuu..


Monday, April 14, 2014

D.I.Y - Majlis Pertunanganku 25/05/13

Meskipon dah 10 bulan berlalu tapi iols tetap nk hupdate jugak okeyhh.dek bz sgt xsempat hupdate, skg ni baru berkesempatan nk update ok.sbb tgh keje boring xtau nk wat aper, so godek2 terjumpa gambor2 terus rasa nk update. xmo cite panjang2 moh kite nengok pict2 di bawah ok ; 

1) d.i.y Mini Pelamin Tunang

okeyh, clear kan umah dulu. ni bahan2 yg diperlukan, kain xhengat brp meter rasanya 6 meter kot. beli jnis jersi sng nk bentuk sbb ade alun2 tu nmpk cantik nt. kat kamdar semeter rm3.00 tak salah, warna cream 3 meter  & pink 3 meter,cukup la sekadar ala2 mini pelamin kecik2 je kan uols.

tgk gigih memasang pelamin ku ini, bantal tu pon d.i.y jgk ok beli 4bantal kat mydin. satu bantal rm 3.90 kain satin beli kat kamdar 2meter, semeter rm 2.50 kot.hahahha lupa dah.sarung banta jahit sndiri je sng je uols k.

ok.dah hampir siap semalaman menyiapkan benda ni lega hampir siap akhirnya, xde la serabut nk pikiorkannyer. bunga2 tu iols d.i.y sndri gk okeyhh, pendek kata sumenyer d.i.y lahhhhhhhh

taRAAAAAaaaaaaa, siap dah. ala iols buat simple jer, family2 jer xramai pon jemputan. ala kadar jer, simple but nice.bunga2 tepi beli je kat kedai bunga pasu rm 6 , bunga2 dalam rm 20. so mmg jimat n berbaloiiiiii. total iols buat d.i.y pelamin ni dalam rm 200 je kot


2) d.i.y Baju Tunangku

ok, xsenyum muka nerbes.hihiih. baju kite d.i.y sendri jahit manik sumenye laaaa.total buat baju ni dlm rm150, beli kain warna pink n kain warna blue ala2 black green
and then kain lace tu beli kat nagoya semeter rm 36.00 beli semeter jer sbb nk gunting n tampal bentuk2 yg uols sukerrr.


3) d.i.y Bunga Tangan


bunga tangan ni lagi simple.just cantum2 je bunga2 tuhhhh then ikat rebennnnn.sng jer.nampak tak cincin2 tu, akhirnyaaaa sah tunangan orang.aminnnnnnnnnnnn

Wednesday, November 20, 2013

Pemergian Ahmad Ammar


Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar.

Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW ,Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. InsyaAllah.

Salam takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.

Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.

Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.

Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai.

Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.

Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.

Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım .

Perancangan ALLAH SWT.

Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.


4 Nama & Sejarah Mazhab Islam

Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya ber-ijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw.

Hanafi - Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara, separuh Iraq, Syria, Lubnan Turki, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgystan, China, Bosnia dan Palestin (campuran Syafie dan Hanafi), Kaukasia (Chechnya, Dagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi 2 empayar islam terbesar iaitu Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah

Maliki - Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara seperti Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mauritania, Mesir bahagian selatan, Nigeria, Senegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.

Syafi’i - Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara Iraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zaman Ayyubiyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut, Indonesia , Thailand, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei.

Hambali - Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di Arab Saudi.


4 Nama Kitab Allah & Nabi UtusanNya


Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s. 

Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.

Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 


114 Nama Surah Al-Quran (Jawi, Rumi, Maksud)




1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) سورة الفاتحة
2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) سورة البقرة
3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran) سورة آل عمران
4. Surah An-Nisaa’ (Wanita) سورة النساء
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
سورة المائدة 6. Surah Al-An’aam (Binatang Ternakan) سورة الأنعام
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) سورة الأنفال
9. Surah At-Taubah (Taubat) سورة التوبة
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) سورة يونس
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.) سورة هود
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) سورة يوسف
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh) سورة الرعد
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) سورة إبراهيم
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) سورة الحجر
16. Surah An-Nahl (Lebah) سورة النحل
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) سورة الإسراء
18. Surah Al-Kahfi (Gua) سورة الكهف
19. Surah Maryam (Siti Maryam) سورة مريم
20. Surah Taahaa سورة طه
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) سورة الأنبياء
22. Surah Al-Hajj (Haji) سورة الحج
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) سورة المؤمنون
24. Surah An-Nuur (Cahaya)سورة النّور
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) سورة الفرقان
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) سورة الشعراء
27. Surah An-Naml (Semut) سورة النّمل
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita)سورة القصص
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) سورة العنكبوت
30. Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom) سورة الرّوم
31. Surah Luqman (Luqman) سورة لقمان
32. Surah As-Sajdah (Sujud) سورة السجدة
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) سورة الأحزاب
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’) سورة سبأ
35. Surah Faatir (Pencipta) سورة فاطر
36. Surah Yaasin سورة يس
37. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) سورة الصافات
38. Surah Saad سورة ص
39. Surah Az-Zumar (Rombongan)
سورة الزمر 40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman) سورة غافر
41. Surah Fussilat (Dijelaskan)
سورة فصّلت 42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) سورة الشورى
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) سورة الزخرف
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut/Asap) سورة الدّخان
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) سورة الجاثية
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) سورة الأحقاف
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w.) سورة محمد
48. Surah Al-Fath (Kemenangan) سورة الفتح
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) سورة الحجرات
50. Surah Qaf سورة ق
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan) سورة الذاريات
52. Surah At-Tur (Gunung) سورة الطور
53. Surah An-Najm (Bintang) سورة النجم
54. Surah Al-Qamar (Bulan) سورة القمر
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) سورة الرحمن
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan) سورة الواقعة
57. Surah Al-Hadid (Besi) سورة الحديد
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu) سورة المجادلة
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) سورة الحشر
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji) سورة الممتحنة
61. Surah As-Saff (Barisan) سورة الصف
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) سورة الجمعة
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik)
سورة المنافقون 64. Surah At-Taghabun (Saling Untung dan Rugi)
سورة التغابن 65. Surah At-Talaq (Cerai) سورة الطلاق
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan) سورة التحريم
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan) سورة الملك
68. Surah Al-Qalam (Pen) سورة القلم
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar) سورة الحاقة
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) سورة المعارج
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.) سورة نوح
72. Surah Al-Jin (Jin)
سورة الجن 73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut)
سورة المزّمّل 74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselimut)سورة المدّثر
75. Surah Al-Qiamah (Kebangkitan) سورة القيامة
76. Surah Al-Insaan (Manusia) سورة الإنسان
77. Surah Al-Mursalat (Yang Diutus) سورة المرسلات
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar) سورة النبأ
79. Surah An-Naazi’aat (Yang Mencabut) سورة النازعات
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka) سورة عبس
81. Surah At-Takwiir (Menggulung) سورة التكوير
82. Surah Al-Infitar (Pecah Belah) سورة الإنفطار
83. Surah Al-Mutaffifiin ( Golongan yang Curang) سورة المطفّفين
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah) سورة الإنشقاق
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) سورة البروج
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) سورة الطارق
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) سورة الأعلى
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan) سورة الغاشية
89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari) سورة الفجر
90. Surah Al-Balad (Negeri) سورة البلد
91. Surah Asy-Syams (Matahari) سورة الشمس
92. Surah Al-Lail (Malam) سورة الليل
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang) سورة الضحى
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan) سورة الشرح
95. Surah At-Tin (Buah Ara) سورة التين
96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah) سورة العلق
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) سورة القدر
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) سورة البينة
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) سورة الزلزلة
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) سورة العاديات
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar) سورة القارعة
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) سورة التكاثر
103. Surah Al-‘Asr (Waktu) سورة العصر
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) سورة الهمزة
105. Surah Al-Fiil (Gajah) سورة الفيل
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) سورة قريش
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) سورة الماعون
108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah) سورة الكوثر
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) سورة الكافرون
110. Surah An-Nasr (Pertolongan) سورة النصر
111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api) سورة المسد
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas)
سورة الإخلاص 113Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) سورة الفلق
114. Surah An-Nas (Manusia)


10 Nama Malaikat & Tugasnya

Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak.

Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78).

Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju). Muslim wajib beriman kepada malaikat.

Nama dan tugas 10 Malaikat.

Jibrail ( جبرائيل/جبريل ) Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail ( ميكائيل ) Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil ( إسرافيل ) Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Izrail ( عزرائيل ) Mencabut nyawa.
Munkar ( منكر ) Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir ( نكير ) Menyoal mayat di dalam kubur
Ridhwan ( رضوان ) Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik ( مالك ) Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib ( رقيب ) Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid ( عتيد ) Mencatat segala perlakuan buruk manusia.